SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PELAJAR ISLAM (PPI) SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN PUJUT, MIRI, SARAWAK

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PELAJAR ISLAM (PPI) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUJUT 98100 MIRI , SARAWAK .

Wednesday, August 18, 2010

PROGRAM BERSAMAMU


19 OGOS-PPI SMK Pujut akan menganjurkan satu Program Bersamamu pada hari Sabtu ini bertempat di kawasan Tudan, Kuala Baram dan Kampung Batu 1 bersama ibubapa dan guru-guru Islam. Kami akan berkumpul jam 7pagi dan insyaallah akan tamat jam 11 pagi. Diharapkan program ini akan dapat meringankan sedikit keluarga yang kurang berkemampuan sempena hari raya yang bakal menjelang

Sunday, August 15, 2010

TADARUS ALQURAN DI MASJID TAQWA

16 OGOS-Alhamdulillah, pada malam tadi beberapa orang guru islam antaranya cikgu sharol, cikgu abd kadir, cikgu saufi, ustaz nik diketua oleh cikgu rani telah sama-sama bertadarus alquran di Masji At-Taqwa Miri disertai oleh beberapa sekolah lain bagi mengimarahkan masjid sempena bulan Ramadhan yang berkat ini.

Thursday, August 12, 2010

Jadual Peperiksaan Pra PMR 3 & Ujian Progresif

TERAWEH DAN MOREH

13 Ogos-Alhamdulillah, pada malam tadi di surau alIslah SMK Pujut telah diadakan satu jamuan selepas solat teraweh. Dan amat-amat bersyukur sebab ramai yang datang membawa juadah dan kueh mueh serta menerima kunjungan yang luar biasa sehingga penuh surau dengan masyarakat dari sekitar kawasan ini. Semoga kalian semua mendapat rahmat dan terus istiqamah dalam mengerjakan ibadat sepanjang bulan Ramadhan ini, insyaallah.

Wednesday, August 11, 2010

MAJLIS TADARUS AL-QURAN

12 OGOS-Bermula minggu ini, program Tadarus Al-Quran mula diadakan bagi setiap kelas agama bermula juzuk pertama dan insyaallah akan tamat pada 2 September 2010. Alhamdulillah, setakat ini program berjalan dengan lancar dan baik.

Tuesday, August 10, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK

11 Ogos-Persatuan Pelajar Islam(PPI) SMK Pujut mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan kepada semua guru Islam, Pelajar Islam dan semua warga Islam di SMK Pujut. Suka kami war-warkan di sini bahawa banyak program persatuan pelajar Islam pada bulan puasa ni antaranya ialah bermula hari pertama puasa, semua pelajar Islam diwajibkan hadir ke surau setiap waktu rehat bagi menunaikan solat sunat Dhuha 2 rakaat, kemudian setiap kelas agama juga diwajibkan untuk tadarus al-quran sepanjang bulan Ramadhan ini bermula juzuk pertama. Selain itu, Solat teraweh juga diadakan di surau sekolah setiap malam bulan Ramadhan. Sama-samalah kita meningkatkan ibadah kita pada bulan puasa ni, insyaallah.

Sunday, August 8, 2010

ZAKAT RM5.20

9 OGOS-Pihak Baitulmal Sarawak telah mengumumkan bahawa kadar zakat fitrah pada tahun ini di negeri sarawak ialah RM5.20 sekepala. Turun sedikit berbanding tahun lepas. Selamat membayar zakat fitrah semua!

Thursday, August 5, 2010

PERJUMPAAN PPI SESI PAGI

Pada hari Selasa,10 Ogos 2010,akan diadakan satu perjumpaan PPI di bilik agama 2.Jam 12.30 tengah hari.Di minta semua ajk PPI hadir dan menyediakan laporan masing-masing.

Wednesday, August 4, 2010

PRESIDEN BARU PPI 2010

15 OGOS-Persatuan Pelajar Islam(PPI) SMK Pujut telah mengalami perubahan kepimpinan yang baru di mana saudara Mohd Jumaidi Bin Nahar dari kelas 3D telah dilantik sebagai presiden PPI menggantikan saudara Shamil Valinton dari kelas 3 Elit berkuatkuasa 23 Julai yang lalu. Oleh itu jawatan saudara Jumaidi sebelum ini iaitu sebagai Timbalan Presiden akan digantikan oleh saudara Mohd Aizat dari kelas 4Elit dan Bendahari pula akan diambil alih oleh Adam Fikri 3Elit. Timbalan bendahari yang baru pula ialah Saudara Mohd Asyraf 2 Elit. Turut mengalami perubahan ialah Ketua Lujnah Sukan yang baru iaitu saudara Mohd Arif 2Wawasan dan timbalan Lujnah jamuan iairu saudari Sharifah Khadijah 3 Perdana. Manakala jawatan ajk PPI yang lain kekal seperti biasa. Kami unit IT PPI ucapkan sekalung tahniah kepada mereka semua.

Sunday, August 1, 2010

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW BULAN PENGHAYATAN ISLAM 2010


Pada hari Sabtu yang lalu,telah berlangsung satu pertandingan sepak takraw bulan penghayatan islam.Pertandingan tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan.Keputusan pertandingan sepak takraw yang berlangsung pada hari Sabtu yang lalu adalah seperti berikut:
Tempat Pertama:Baizuka fc
Tempat Kedua:Apa2 aje
Tempat Ketiga:Amar Mahrum Nahi Mungkar 2
Pertandingan ini turut di hadiri oleh cikgu Subah Nyareng dan cikgu-cikgu yang lain yang juga turut membantu.Pertandingan ini di uruskan oleh Muhd.Asyraf dari 2 Elit.Pertandingan ini telah berjalan dengan jayanya.