SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PELAJAR ISLAM (PPI) SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN PUJUT, MIRI, SARAWAK

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PELAJAR ISLAM (PPI) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUJUT 98100 MIRI , SARAWAK .

Saturday, December 25, 2010

MMP TERBAIK DI KELANTAN 109 PELAJAR 9A

PMR: Maahad Muhammadi catat 99%
Muhammad Yusri Amin   
KOTA BHARU, 24 Dis: Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) Yayasan
Islam Kelantan (YIK) di sini memprolehi 99 peratus dalam peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 
berbanding 98 peratus pada 2009.
Pencapaian peratus kelulusan itu melepasi target pihak sekolah apabila 
seramai 109 pelajar mendapat ‘A’.Pengetuanya, Ustaz Mohd Mansor 
Mohd Daud ketika mengumumkan keputusan Peperiksaan PMR 2010 
memaklumkan pencapaian keputusan PMR 2010 meningkat berbanding 2009.
“Pencapaian pelajar mendapat ‘A’ juga meningkat kepada 26 peratus, 
seramai 109 pelajar berbanding pencapaian 2009, 24 peratus seramai 88 pelajar,” 
katanya kepada media di sini, semalam.
Beliau yang juga mantan Pengetua Maahad Tahfiz 
Wal-Qiraat Pulai Chondong itu memaklumkan, 
antara program dilaksanakan MMP dalam usaha mempertingkatkan 
kecemerlangan pelajar dalam Peperiksaan PMR membabitkan empat program khusus.
“Program yang menjadi factor kecemerlangan ini, 
selain daripada factor kesungguhan para pelajar berkenaan iaitu 
program dijalankan MMP membabitkan empat program khusus.
“Pertama, Program Imtiaz iaitu program diatur berftujuan untuk 
memilih pelajar cemerlang dan terbaik, manakala program kedua 
mewujudkan kumpulan dengan pencapaian 100 peratus mengikut target sekolah.
“Mengikut target kita, pencapaian pelajar dalam PMR bagi 2010 seramai 100 orang, 
namun pencapaian sebenar yang diperolehi 109 orang, alhamdulillah, 
melebihi target kita,” katanya.
Menurutnya, kumpulan ketiga ialah Kumpulan Lonjakan di mana golongan itu 
merupakan golongan pelajar pencapaian ‘pertengahan’ di mana (target) 
lonjakannya daripada ‘B’ dan ‘C’ kepada ‘A’.
Sementara golongan keempat ialah apa yang disebut sebagai ‘An-Nusrah’ 
iaitu golongan pelajar yang mencapaiannya (dalam Peperiksaan Percubaan PMR) adalah rendah.
Dengan erti bahawa target MMP ialah mahu ‘clear’ semua dengan kelulusan cemerlang.
“Semua mata pelajaran yang diambil pelajar tahun ini lulus 100 peratus, 
kecuali mata pelajaran Bahasa Arab apa hanya empat orang gagal.
“Dalam semua mata pelajaran peperiksaan PMR yang diambil pelajar seramai 410 orang, 
hanya tiga pelajar saja yang gagal mendapat ‘A’,” katanya.