SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PELAJAR ISLAM (PPI) SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN PUJUT, MIRI, SARAWAK

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PELAJAR ISLAM (PPI) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUJUT 98100 MIRI , SARAWAK .

Saturday, January 8, 2011

Tarikh Peperiksaan Awam 2011

Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM, STPM, MUET 2011
Jadual peperiksaan untuk UPSR, PMR, SPM dan STAM bagi tahun 2011 telah dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala tarikh peperiksaan untuk STPM dan MUET bagi tahun 2011
pula telah diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Di harap paparan tarikh peperiksaan ini akan
dapat membantu mereka yang ingin buat sebarang perancangan untuk tahun ini. Di samping itu menjadi
panduan kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan ini untuk membuat persiapan lebih awal.
Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan yang berkenaan;

UPSR 2011
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
Ujian Bertulis
13 – 15 September 2011

PMR 2011
Penilaian Menengah Rendah
Ujian Bertulis
4 – 6 Oktober 2011
11 – 12 Oktober 2011
SPM 2011
Sijil Pelajaran Malaysia
Amali
~ akan diumumkan ~
Ujian Bertulis
14 Nov – 14 Disember 2011

SPM (U) 2011
Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan)
Ujian Lisan
15 – 17 Jun 2011
Ujian Bertulis
13 – 14 Jun 2011

STPM 2011
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
Ujian Lisan
20 – 22 September 2011
27 – 29 September 2011
Ujian Bertulis
21 Nov – 15 Disember 2011

STAM 2011
Sijil Tinggi Agama Malaysia
Ujian Lisan
11 – 14 Julai 2011
18 – 21 Julai 2011
Ujian Bertulis
12 – 13 Oktober 2011
17 – 19 Oktober 2011

MUET 2011
Malaysian University English Test
Pertengahan Tahun
Akhir Tahun
Ujian Speaking
4 – 6 April 2011
11 – 13 Oktober 2011
11 –13 April 2011
18 – 20 Oktober 2011
Ujian Bertulis
16 April 2011
19 November 2011

Semua tarikh di atas adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak yang berkenaan. Sila hubungi talian berikut untuk mendapatkan maklumat terkini;
UPSR : 03 – 8884 3382
PMR : 03 – 8884 3394
SPM : 03 – 8884 3330
STAM : 03 – 8884 3340
STPM : 03 – 6136 9663
MUET : 03 – 6136 9663

Sunday, January 2, 2011

SELAMAT TINGGAL USTAZ!

3 JAN 2011-Dengan rasminya diumumkan bahawa guru penasihat yang baru Persatuan Pelajar Islam Smk Pujut sesi 2011 ialah ustazah Norazlina disebabkan Ustaz Nik akan memegang jawatang guru disiplin bermula Januari 2011.

NOTIS MESYUARAT AGUNG DAN PEMBUBARAN AJK PPI

3 JAN 2011-Adalah diingatkan kepada semua MT dan Ketua Biro Ajk PPI supaya bersiap sedia untuk mengadakan mesyuarat agung PPI sekaligus membubarkan semua ajk PPI sesi 2010. Anda semua di minta mengemukakan laporan kepada MT sebelum dibentangkan.

PPI CEMERLANG PMR 2010

3 JAN 2011-Tahniah..Tahniah...Dan Syukur alhamdulillah kerana akhirnya PPI sekali lg membuktikan kecemerlangan PPI dalam PMR 2010 apabila 3 anggotanya berjaya mendapat 8A dalam PMR 2010. Sahabat yang dimaksudkan ialah Shamil Valinton 3 Elit, Sharifah Nurliza 3 Elit dan Nur Amalina Baidzani 3 Elit yang juga merupakan barisan kepimpinan PPI. Semoga Ajk PPI tg 3Tahun ini meneruskan kecemerlangan ini, insyaallah.

Saturday, December 25, 2010

MMP TERBAIK DI KELANTAN 109 PELAJAR 9A

PMR: Maahad Muhammadi catat 99%
Muhammad Yusri Amin   
KOTA BHARU, 24 Dis: Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) Yayasan
Islam Kelantan (YIK) di sini memprolehi 99 peratus dalam peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 
berbanding 98 peratus pada 2009.
Pencapaian peratus kelulusan itu melepasi target pihak sekolah apabila 
seramai 109 pelajar mendapat ‘A’.Pengetuanya, Ustaz Mohd Mansor 
Mohd Daud ketika mengumumkan keputusan Peperiksaan PMR 2010 
memaklumkan pencapaian keputusan PMR 2010 meningkat berbanding 2009.
“Pencapaian pelajar mendapat ‘A’ juga meningkat kepada 26 peratus, 
seramai 109 pelajar berbanding pencapaian 2009, 24 peratus seramai 88 pelajar,” 
katanya kepada media di sini, semalam.
Beliau yang juga mantan Pengetua Maahad Tahfiz 
Wal-Qiraat Pulai Chondong itu memaklumkan, 
antara program dilaksanakan MMP dalam usaha mempertingkatkan 
kecemerlangan pelajar dalam Peperiksaan PMR membabitkan empat program khusus.
“Program yang menjadi factor kecemerlangan ini, 
selain daripada factor kesungguhan para pelajar berkenaan iaitu 
program dijalankan MMP membabitkan empat program khusus.
“Pertama, Program Imtiaz iaitu program diatur berftujuan untuk 
memilih pelajar cemerlang dan terbaik, manakala program kedua 
mewujudkan kumpulan dengan pencapaian 100 peratus mengikut target sekolah.
“Mengikut target kita, pencapaian pelajar dalam PMR bagi 2010 seramai 100 orang, 
namun pencapaian sebenar yang diperolehi 109 orang, alhamdulillah, 
melebihi target kita,” katanya.
Menurutnya, kumpulan ketiga ialah Kumpulan Lonjakan di mana golongan itu 
merupakan golongan pelajar pencapaian ‘pertengahan’ di mana (target) 
lonjakannya daripada ‘B’ dan ‘C’ kepada ‘A’.
Sementara golongan keempat ialah apa yang disebut sebagai ‘An-Nusrah’ 
iaitu golongan pelajar yang mencapaiannya (dalam Peperiksaan Percubaan PMR) adalah rendah.
Dengan erti bahawa target MMP ialah mahu ‘clear’ semua dengan kelulusan cemerlang.
“Semua mata pelajaran yang diambil pelajar tahun ini lulus 100 peratus, 
kecuali mata pelajaran Bahasa Arab apa hanya empat orang gagal.
“Dalam semua mata pelajaran peperiksaan PMR yang diambil pelajar seramai 410 orang, 
hanya tiga pelajar saja yang gagal mendapat ‘A’,” katanya.

Wednesday, November 10, 2010

Dimana Nak Cari Ajk PPI Yang Sejati!

11 Nov-Susah..susah..bilamana ramai ajk PPi yang mula meninggalkan perjuangan asal PPI. Ustaz dan Ustazah mula pening kepala untuk mencari ajk PPI yang betul-betul islamik. Sebagai seorang pemimpin, sepatutnya ajk PPI menjadi contoh teladan kepada PPI yang lain, tetapi sejak akhir-akhir ini ramai ajk PPi sendiri yang mula lupa asas perjuangan PPI di sekolah ini. Semoga ajk PPI yang lain kepada semula kepada PPI dan kekalkan prestasi PPI sebagai sebuah persatuan terbaik di sekolah ini

Wednesday, November 3, 2010

Jamuan Perpisahan PPI 2010

Tarikh : 6 November 2010
Hari : Sabtu
Jam : 9.00 pagi
Tempat : Surau SMK PUJUt MIRI

SEMUA AHLI PPI SMK PUJUT MIRI DI JEMPUT BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS TERSEBUT :D