SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PELAJAR ISLAM (PPI) SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN PUJUT, MIRI, SARAWAK

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PELAJAR ISLAM (PPI) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUJUT 98100 MIRI , SARAWAK .

Thursday, January 27, 2011

PENDUDUK ISLAM BERTAMBAH LEBIH CEPAT!

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

WASHINGTON 27 Jan. - Penduduk Islam di dunia akan bertambah sekali ganda lebih cepat berbanding penduduk bukan Islam dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Satu kajian terbaru oleh Pew Forum on Religion and Public Life juga meramalkan, umat Islam dalam masa satu generasi akan menyamai lebih 25 peratus daripada penduduk dunia.

Penyelidik Pew Forum yang menggunakan kadar kesuburan, kematian dan penghijrahan menjangkakan kadar pertumbuhan penduduk Islam di dunia pada paras 1.5 peratus setahun dalam tempoh dua dekad akan datang, manakala bagi penduduk bukan Islam, kadar pertumbuhan hanya 0.7 peratus setahun.

Kajian berjudul The Future of the Global Muslim Population itu mengunjurkan pada 2030 umat Islam akan menyamai 26.4 peratus daripada penduduk dunia yang dijangka berjumlah kira-kira 8.3 bilion orang pada waktu itu.

Peratusan itu menandakan kenaikan tiga peratus berbanding 23.4 peratus yang merupakan penduduk Islam daripada kira-kira 6.9 bilion penduduk dunia pada masa kini.

Lebih daripada enam dalam setiap 10 penduduk Islam akan mendiami rantau Asia Pasifik pada 2030 dan Pakistan akan mengatasi Indonesia sebagai negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai.

Di Afrika, penduduk Islam di Nigeria dijangka lebih ramai daripada penduduk Islam di Mesir dalam tempoh 20 tahun, menurut kajian itu.

Di Eropah, Pew Forum meramalkan penduduk Islam akan bertambah hampir 33 peratus dalam tempoh 20 tahun, daripada 44.1 juta orang atau enam peratus daripada penduduk Eropah pada 2010, kepada 58.2 juta atau lapan peratus daripada keseluruhan penduduk pada 2030.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) dijangka mempunyai penduduk Islam yang lebih ramai berbanding mana-mana negara Eropah kecuali Rusia dan Perancis pada 2030.

Peratusan penduduk Islam daripada keseluruhan penduduk AS diramalkan meningkat daripada kurang daripada satu peratus pada masa sekarang kepada 1.7 peratus pada 2030, menjadikan bilangan umat Islam seramai penganut Yahudi atau Kristian di AS, menurut kajian itu.

Penduduk Islam di AS dijangka bertambah daripada 2.6 juta pada 2010 kepada 6.2 juta pada 2030. - AFP

Monday, January 24, 2011

MESYUARAT AGUNG PPI DAN MAJLIS PERLANTIKAN PPI 2011

25 JAN 2011- Satu Mesyuarat agung PPI akan diadakan pada hari Khamis 27 Jan 2011 jam 2.00 petang - 4.00 petang di surau sekolah. Dalam majlis yang sama, Ajk PPi sesi 2011 juga akan dilantik. Semua ajk PPI sesi 2010 di jemput hadir dan memakai baju PPI manakala pelajar Islam lain yang berminat untuk menyertai ajk PPI 2011 juga dipersilakan hadir. Harap maklum

Monday, January 17, 2011

PERJUMPAAN PPI PADA MINGGU INI DITANGGUH

18 JAN 2011-Perjumpaan PPi pada hari Khamis ini ditangguh kerana semua ajk PPI tingkatan empat sedang menjalani orientasi seminggu. Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan kemudian.

SELAMAT BERPINDAH USTAZAH NORKHAFIZAH BT RUSNI

18 JAN 2011-Persatuan Pelajar Islam SMK Pujut mengucapkan selamat berpisah buat seorang guru penasihat PPI sesi petang yang akan mula berpindah ke semenanjung bermula minggu ini. Ustazah mula mengajar di sekolah ini pada tahun 2009, berasal dari selangor lepasan ijazah Pendidikan Islam UM. Beliau ditugaskan mengajar subjek pendidikan Islam khasnya kelas tg1, tg2 dan tg3 sesi petang. Beliau juga pernah ditugaskan untuk mengurus program Bulan Penghayatan Islam pada tahun 2010. Dengan pemergian beliau, SMK Pujut merasai kehilangan beliau dengan guru pendidikan Islam sekarang tinggal hanya ada 2 guru sahaja iaitu Ustaz Nik dan Ustazah Norazlina

Saturday, January 8, 2011

PERJUMPAAN SEMUA AJK LAMA PPI 2010

8 JAN 2011-Semua ajk PPi sesi 2010 adalah di minta menghadirkan diri ke mesyuarat PPI pada hari Khamis 13 januari 2011 bertempat di bilik agama 2 untuk membincangkan mesyuarat agung PPI dan pembubaran ajk PPi sesi 2010 dan perlantikan ajk baru PPI 2011. Semua guru penasihat PPi akan hadir

Tarikh Peperiksaan Awam 2011

Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM, STPM, MUET 2011
Jadual peperiksaan untuk UPSR, PMR, SPM dan STAM bagi tahun 2011 telah dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala tarikh peperiksaan untuk STPM dan MUET bagi tahun 2011
pula telah diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Di harap paparan tarikh peperiksaan ini akan
dapat membantu mereka yang ingin buat sebarang perancangan untuk tahun ini. Di samping itu menjadi
panduan kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan ini untuk membuat persiapan lebih awal.
Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan yang berkenaan;

UPSR 2011
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
Ujian Bertulis
13 – 15 September 2011

PMR 2011
Penilaian Menengah Rendah
Ujian Bertulis
4 – 6 Oktober 2011
11 – 12 Oktober 2011
SPM 2011
Sijil Pelajaran Malaysia
Amali
~ akan diumumkan ~
Ujian Bertulis
14 Nov – 14 Disember 2011

SPM (U) 2011
Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan)
Ujian Lisan
15 – 17 Jun 2011
Ujian Bertulis
13 – 14 Jun 2011

STPM 2011
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
Ujian Lisan
20 – 22 September 2011
27 – 29 September 2011
Ujian Bertulis
21 Nov – 15 Disember 2011

STAM 2011
Sijil Tinggi Agama Malaysia
Ujian Lisan
11 – 14 Julai 2011
18 – 21 Julai 2011
Ujian Bertulis
12 – 13 Oktober 2011
17 – 19 Oktober 2011

MUET 2011
Malaysian University English Test
Pertengahan Tahun
Akhir Tahun
Ujian Speaking
4 – 6 April 2011
11 – 13 Oktober 2011
11 –13 April 2011
18 – 20 Oktober 2011
Ujian Bertulis
16 April 2011
19 November 2011

Semua tarikh di atas adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak yang berkenaan. Sila hubungi talian berikut untuk mendapatkan maklumat terkini;
UPSR : 03 – 8884 3382
PMR : 03 – 8884 3394
SPM : 03 – 8884 3330
STAM : 03 – 8884 3340
STPM : 03 – 6136 9663
MUET : 03 – 6136 9663

Sunday, January 2, 2011

SELAMAT TINGGAL USTAZ!

3 JAN 2011-Dengan rasminya diumumkan bahawa guru penasihat yang baru Persatuan Pelajar Islam Smk Pujut sesi 2011 ialah ustazah Norazlina disebabkan Ustaz Nik akan memegang jawatang guru disiplin bermula Januari 2011.

NOTIS MESYUARAT AGUNG DAN PEMBUBARAN AJK PPI

3 JAN 2011-Adalah diingatkan kepada semua MT dan Ketua Biro Ajk PPI supaya bersiap sedia untuk mengadakan mesyuarat agung PPI sekaligus membubarkan semua ajk PPI sesi 2010. Anda semua di minta mengemukakan laporan kepada MT sebelum dibentangkan.

PPI CEMERLANG PMR 2010

3 JAN 2011-Tahniah..Tahniah...Dan Syukur alhamdulillah kerana akhirnya PPI sekali lg membuktikan kecemerlangan PPI dalam PMR 2010 apabila 3 anggotanya berjaya mendapat 8A dalam PMR 2010. Sahabat yang dimaksudkan ialah Shamil Valinton 3 Elit, Sharifah Nurliza 3 Elit dan Nur Amalina Baidzani 3 Elit yang juga merupakan barisan kepimpinan PPI. Semoga Ajk PPI tg 3Tahun ini meneruskan kecemerlangan ini, insyaallah.