SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PELAJAR ISLAM (PPI) SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN PUJUT, MIRI, SARAWAK

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PELAJAR ISLAM (PPI) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUJUT 98100 MIRI , SARAWAK .

Friday, August 10, 2012

Majlis Tertinggi PPI Sesi Pagi 2012-2013

PRESIDEN: Mohd Asyraf Bin Mustapha
TIMBALAN PRESIDEN: Azrul bin Madaing/Mahla
NAIB PRESIDEN: Ainin Sofea Binti Khaulid
SETIAUSAHA AGUNG: Husna Binti Norsufian
TIMBALAN SETIAUSAHA: Dayang Nur Aisyah Binti Abu Baharin
BENDAHARI KEHORMAT: Izzah Atirah Binti Norman
TIMBALAN BENDAHARI ; Nurmarahaini binti Saifuddin
KETUA UNIT PENCEGAH MAKSIAT: Mohd Shahrul Bin Muhd Saufi
TIMBALAN UNIT PENDEGAH MAKSIAT; Aimanur Hadif bin Ashghadzie

LUJNAH KENBARA
KETUA: Mohd Arif Bin Husli
PENOLONG: Muhd Ikhmal Bin Rapa'ee

LUJNAH KESENIAN:
KETUA: Abdul Hafiz Bin Gani
PENOLONG: Siti Nurazimah binti Shahfri

LUJNAH INFORMASI
KETUA; Nurulqiblah Binti Ishak
PENOLONG: Nur Fitri Fatin Binti Ronie

LUJNAH KECERIAAN
KETUA: Nurul Ayda Zakiyah
PENOLONG: Arni Farzana Binti Ali Rahman 

LUJNAH KULINARI
KETUA: Normah Binti Abdul Rahman
PENOLONG: Aminah Binti Mohd Padli

LUJNAH KEBAJIKAN
KETUA: Nurul Izzatul Zanariah binti Sarkawi
PENOLONG; Ainil BAlqis Binti Mohd Padli

LUJNAH KEROHANIAN
KETUA; Muhd Syafiezal Bin Radilan
PENOLONG: Ahmad Shadiqin Bin Ali Rahman

MUTIARA KATA

Tingkahlaku adalah umpana cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya.

Thursday, August 2, 2012

Maulidur Rasul

pantun

"Peti dibawa dari Inderagiri,
Kapal belayar urusan raja;
Kualiti tertanam dalam diri,
Kualiti produk, kualiti kerja." - A.R

"Kapal belayar urusan raja,
Ombak melanda bukan cabaran;
Kualiti produk, kualiti kerja,
Kepuasan pelanggan diutamakan." - A.R

"Ombak melanda bukan cabaran,
Destinasi tuju tidak terhalang;
Kepuasan pelanggan diutamakan,
Prestasi organisasi jadi cemerlang." - A.R

"Destinasi tuju tidak terhalang,
Pulau jauh dipenuhi hutan;
Prestasi organisasi jadi cemerlang,
Nama muncul jadi sebutan." - A.R

"Pulau jauh dipenuhi hutan,
Angin keras terjah kapal;
Nama muncul jadi sebutan,
Kualiti insan menjadi modal." - A.R

"Angin keras terjah kapal,
Cuaca terang mentari terik;
Kualiti insan menjadi modal,
Prasarana tersedia pasti terbaik." - A.R

"Cuaca terang mentarik terik,
Udara panas selubungi diri;
Prasarana tersedia pasti terbaik,
Kerja selesa ikhlas hati." - A.R

"Udara panas selubungi diri,
Hari semakin menuju senja;
Kerja selesa ikhlas hati,
Dapat berkat ganda pahala." - A.R
"Di Bandar Nilai tergilap permata,
Terbang tinggi si burung helang;
Khidmat kualiti keutamaan kita,
Organisasi terbilang dan cemerlang." - H.M


"Mengisi padi di dalam guni,
Kelapa tua diambil isinya;
5 S menjadi amalan murni,
Bersamalah kita menghayatinya." - A.R


"Bercabang tiga Gunung Daik,
Nampak jelas dari dekat;
Kualiti kerja sentiasa lebih baik,
Moga hidup mendapat berkat." - A.R


"Buah tinggi diambil galah,
Sudah luruh diisi dalam guni;
Kualiti peribadi hendaklah serlah,
Itu penting refleksi organisasi." - A.R

mutiara kata

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

mutiara kata

"Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu." ~ Aflatun

mutiara kata

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille

mutiara kata

Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar."

pepatah arab

"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat." ~ Pepatah Arab

mutiara kata

"Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang." ~ Anonim

mutiara kata

"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire
"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah

mutiara kata

"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

mutiara kata

"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."