SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PELAJAR ISLAM (PPI) SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN PUJUT, MIRI, SARAWAK

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PELAJAR ISLAM (PPI) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUJUT 98100 MIRI , SARAWAK .

Wednesday, November 9, 2011

Sahabat dari pandangan Imam Al-Syafie

Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:
“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia”.

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:
“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.
Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.
Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan”.
Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:
“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.
Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.
Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

Wednesday, November 2, 2011

Maaf, aku takut Allah.


Seorang gadis kecil pulang dari sekolah. Setibanya di rumah, ibunya melihat anak kecilnya dirundung kesedihan. Maka ibu pun bertanya kepada puterinya itu tentang sebab kesedihannya.

Anak: “Aduhai ibuku, sesungguhnya Pengetua telah memberi amaran akan membuangku dari sekolah kerana pakaian labuh yang ku pakai.”

Ibu: “Tetapi itu adalah pakaian yang dikehendaki oleh Allah, wahai puteriku.”

Anak: “Benar, wahai ibu, akan tetapi Pengetua tidak menyukainya.”


Ibu: “Baiklah, wahai puteriku, Pengetua itu tidak menghendaki, tetapi Allah meng­hendakinya. Maka siapakah yang akan kamu taati? Adakah kamu akan mentaati Allah yang telah menciptakanmu dan membentukmu, serta yang telah mengurniakan kenikmatan kepadamu? Atau kamu akan mentaati seorang makhluk yang tidak mampu memberikan manfaat dan kebaikan kepada dirinya sendiri?”

Anak: “Sesungguhnya saya akan taat kepada Allah.”

Ibu: “Bagus, wahai puteriku, kamu tepat sekali.”

Pada hari berikutnya, gadis kecil itu pergi dengan mengenakan baju yang labuh dan menutup aurat. Tatkala Pengetua melihatnya, dia memarahi gadis kecil itu dengan keras. Gadis kecil itu tidak mampu memikul amarah tersebut, ditambah lagi oleh pandangan rakan – rakan sekelas yang tertumu kepadanya.

Tidak ada yang dapat dilakukan gadis itu selain menangis. Kemudian, gadis kecil itu mengeluarkan kata-kata yang besar maknanya meskipun sedikit jumlahnya, “Demi Allah, saya tidak tahu siapa yang akan saya taati, tuan ataukah Dia?”

Pengetua itu pun bertanya, “Siapakah Dia itu?”

Anak itu menjawab, “Allah. Apakah saya harus taat kepada tuan, sehingga saya mesti memakai pakaian seperti yang tuan kehendaki, tetapi saya telah berbuat maksiat kepada-Nya.

Maaf, saya lebih takutkan Allah. Biarlah saya akan mentaatiNya sahaja dari mentaati tuan, dan apa yang terjadi biarlah terjadi.”



Gadis kecil itu bertekad untuk berpegang kuat dan taat ke­pada perintah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa akan tetapi adakah Pengetua itu hanya berdiam sahaja?

Pengetua itu meminta dipanggilkan ibu si anak kecil tersebut. Apa yang Pengetua itu inginkan dari ibunya?

Maka datanglah si ibu itu…

Ibu guru berkata kepada ibu anak kecil itu, “Sesungguhnya puteri puan telah menasihatiku dengan nasihat paling besar yang pernah aku dengar di sepanjang hidupku.”

Seorang guru yang ilmunya tidak dapat menghalangnya untuk mengambil nasihat dari seorang gadis kecil yang mungkin seusia dengan cucunya

"Wahai ibu-ibu muslimah, di depan anda adalah anak-anak anda. Mereka seperti adunan tepung. Anda boleh membentuknya sebagaimana yang anda kehendaki, maka bersegeralah untuk membentuk mereka dengan bentuk yang diredhai oleh Allah dan RasulNya."

-Ajarkanlah solat kepada mereka-
-Ajarkan mereka ketaatan kepada Allah-
-Ajarkan mereka untuk tetap teguh di atas kebenaran-

Jangan lupa untuk tekan butang share selepan anda baca ♥

Kredit : AkuIslam