SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PELAJAR ISLAM (PPI) SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN PUJUT, MIRI, SARAWAK

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PELAJAR ISLAM (PPI) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUJUT 98100 MIRI , SARAWAK .

Tuesday, May 25, 2010

AKIBAT MAHU BUNUH GURU

Bahana ugut mahu bunuh guru

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Mei - Akibat masalah disiplin, seorang pelajar akhirnya telah dibuang sekolah.

Hari ini, bekas pelajar berusia 17 tahun itu diperintahkan supaya menjalani pemulihan akhlak di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka selama tiga tahun, selepas mengaku bersalah di Mahkamah Juvenil di sini atas tuduhan mengugut mahu membunuh seorang gurunya.

Semuanya bermula apabila guru tersebut, Rosli Abd. Aziz, 54, menegur remaja terbabit secara baik supaya meninggalkan kawasan sekolah apabila selesai makan di kantin.

Seorang pengawas sekolah bagaimanapun memberitahu Rosli bahawa remaja itu yang tidak berpuas hati dengan teguran tersebut, mahu berjumpanya di pagar sekolah.

Ketika itulah, dia didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Rosli dengan menyatakan: ''Apa kata kalau aku hantar orang bunuh kamu''.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 8.30 pagi, 21 April lalu di kawasan tempat meletak motosikal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Muda, di sini.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Faizal Abdul Rahman mengendalikan pendakwaan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Fakta kes menyebut, remaja itu ditangkap dua hari selepas kejadian setelah mangsa membuat laporan polis.

Ibunya yang hadir ketika prosiding tertutup di hadapan Majistret Suhaily Samsudin, dikenakan bon RM1,000 tanpa cagaran. Selain itu, mahkamah membenarkan wanita itu melawat anaknya sebulan sekali.

No comments:

Post a Comment