SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PELAJAR ISLAM (PPI) SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN PUJUT, MIRI, SARAWAK

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PELAJAR ISLAM (PPI) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUJUT 98100 MIRI , SARAWAK .

Monday, October 25, 2010

Murid 11 tahun qari terbaik Asia

Murid 11 tahun qari terbaik Asia

MERANTI – Murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ibrahim Satu, Pasir Mas mengharumkan nama negara setelah diumum sebagai Johan Pertandingan Tadarus al-Quran Peringkat Asia di Brunei, baru-baru ini.

Gurunya, Mohd Hussin Yunus berkata, murid tersebut, Ahmad Najib Datuk Mohd Nassaruddin, 11, merupakan Johan Tadarus Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Terengganu, Mei lalu.

“Dia mula menunjukkan peningkatan dalam bidang ini setelah mendapat Johan Peringkat Negeri dua tahun berturut-turut sejak tahun lepas.

“Pertandingan yang dikelolakan Majlis Agama Brunei-Indonesia-Malaysia-Singapura (Mabims) itu mengumpulkan wakil terbaik beberapa negara Asia,” katanya, semalam.

Mohd Hussin berkata, pertandingan ini sememangnya persaingan sengit terutama dari Indonesia yang seringkali muncul johan dalam beberapa kategori.

Menurutnya, terdapat empat kriteria dinilai sebagai tadarus yang baik iaitu tajwid, fasohah, tarannum dan suara.

“Kelebihan Ahmad Najib ialah suaranya yang unik ketika mengalunkan ayat suci menghasilkan seni yang indah dan bertenaga.

“Harapan saya semoga lapisan masyarakat khususnya ibu bapa menekankan kecintaan kepada al-Quran dalam jiwa anak-anak dan menjadikannya sebagai idola agar kehalusan seni di dalamnya memelihara akhlak anak-anak di dunia dan akhirat,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Najib Nassaruddin berkata, dia mendapat sokongan daripada ibubapa, keluarga dan guru hingga ke peringkat antarabangsa.

“Sebulan sebelum pertandingan, saya ke rumah Cikgu Hussin tiap-tiap hari selepas solat Maghrib bagi menguatkan tajwid dan bacaan al-Quran,” katanya.

Ahmad Najib berkata, dia juga pernah mendapat didikan awal daripada Arwah Muzdi Awang ketika mula memasuki pertandingan tadarus peringkat negeri.

“Saya mengesyorkan lebih ramai golongan muda menceburi bidang ini, ia sangat menakjubkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment