Lelaki diwajibkan mandi apabila berlaku seperti di bawah ini:
1. Keluar mani
2. Bermimpi sehingga keluar maninya.
Wanita diwajibkan mandi apabila:
1. Sudah berhenti haidnya
2. Sudah berhenti nifas
3. Keluar mani
4. Bermimpi sehingga keluar maninya.
Lelaki dan wanita sama-sama diwajibkan mandi apabila terjadi persetubuhan, sama ada keluar mani ataupun tidak.
Ada lima perkara yang perlu diperhatikan oleh orang yang mandi, apabila ini dilakukan akan sah dan sempurnalah mandinya, iaitu:
1. Niat mandi
2. Meratakan air ke seluruh tubuh
3. Menggosok tubuh
4. Menyelang-nyelangi rambut
5. Bersambung atau berturut
Keterangan:
1. Niat: Orang yang ingin mandi hendaklah memulainya dengan membaca niat. Sekiranya dia membaca: "Sengaja aku mandi wajib kerana Allah," sudah sah.
2. Merata air ke seluruh tubuh: Orang yang mandi hendaklah meratakan air ke seluruh tubuhnya (bahagian luar), dan menggunakan air mutlak lagi suci. Kalau ada orang yang mencampurkan sesuatu benda (seperti sabun) ke dalam air lalu menggunakan air itu untuk mandi, maka mandinya tidak sah. Kalau mandinya tidak sah bererti ibadat-ibadat yang dilakukan setelah berwuduk pun tidak sah.
3. Menggosok: Setiap mengalirkan air ke sekujur badan hendaklah disertai dengan menggosok anggota tubuh yang dilalui air itu, sama ada dengan tangan atau perca kain.
4. Menyelang-nyelangi rambut: Hendaklah seseorang itu menyatukan rambut serta menggosok kepalanya sehingga air dapat sampai ke kulit kepala.
5. Berturut-turut: Hendaklah mandi itu disiapkan satu kali mandi. Seandainya ada orang yang membasahi sebahagian tubuhnya, kemudian dihentikan kerana ada satu kesibukan, dan lama dia hentikan sehingga badannya pun sudah kering, maka mandinya tidak sah dan dia mesti mengulangi lagi dari awal.
MANDI SUNAT
Sifat mandi yang akan diterangkan ini mencakup rukun dan sunatnya. Seorang ulama al-Dardiriy dalam kitabnya Aqrabul Masalik, memang ada menyebutkan. Di sini disebutkan kesimpulan saja:
1. Memilih tempat yang bersih, menghadap kiblat serta membaca 'Bismillah' dan hendaklah dia pandai menjimatkan air ketika mandi.
2. Terlebih dahulu membasuh tangan sampai pergelangan tiga kali.
3. Memulai niat mandi wajib, kemudian membasuh kemaluan, pusat, dubur dan tempat-tempat yang disyaki tertinggal kotoran.
4. Membasuh semua anggota wuduk satu kali. Ertinya dia berkumur-kumur, menghisap air ke hidung, kemudian mengeluarkannya. Setelah itu membasuh muka, membasuh tangan sampai siku, menyapu kepala, membasuh telinga (luar dan dalam), dan membasuh dua kaki sampai mata kaki sambil menyelang-nyelangi jari-jari kaki.
5. Menggosok kulit kepala dengan air dan membasuhnya tiga kali lalu membasuh dua lutut dan tulang belikat (bahu) sebelah kiri dan kanan.
6. Menuangkan air ke bahu sebelah kanan serta diiringi dengan menggosoknya ke bawah sampai mata kaki. Begitu juga dilakukan untuk bahu sebelah kiri.
No comments:
Post a Comment